Alhamdulillah wa syukrulilla..diberi kesempatan menghirup udara kurniaan ilahi, diberi nikmat iman dan islam, dikurniakan ujian-ujian hidup supaya aku sentiasa mengingatiMu dan sentiasa dekat denganMu..
4 hari yang lepas, khamis 30/8/2012..jam 11.30am, mendapat pengkhabaran dari fb seorang sahabat..
Ya Allah..sangat2 terkejut dan aku trus sms kwn baik rusydiah, naf yang dalam perjalanan ke hospital Tengku Ampuan Afzan Pahang utk melawat rusydiah.kadaan diyah ketika itu masih xdapat dikenal pasti..ketika itu hanya doa yang dapat aku sampaikan moga keadaan dia tidak apa2..aku hanya sempat meninggalkan pesan pada naff supaya updatekan keadaan diya..
jam 1.30pm..
Seusai aku solat zohor tiba2 sampai satu msg dr naff..."diyah dah xde...."
Ya Allah..terus terduduk dan lama aku terkedu..apa ni??btol ke ni?? rusydiah da xde?? serius xtaw nk gambarkan apa perasaan aku time tu..lama aku berfikir...akhirnyaaa....maafkan aku diyah bukan aku meratapi kepergianmu tapi diri ini sangat merasai pemergianmu...tapi aku redha dengan segala ketentuanNya..dia lebih menyayangimu..(T_T)
Rusydiah..dia pernah menjadi sahabat terbaikku..sahabat baru pertamaku di IIUM, English class (Level 5 sec 5) ke kelas bersama, lunch bersama, kerja bersama, siapkan esaimen bersama, kuiz bersama, sentiasa bersama disebelahku didalam kelas..n yang paling menggembirakan Exit EPT exam bersama (^_^)..sungguh..kenangan bersamamu takkan ku lupa..
Allahyarhamah Rusydiah Mohd Zahar |
Selepas ketiadaan diya..aku xmampu melihat gambar2 diya..sebak dihati xdapat ku tahan..tp pagi tadi aku mula membuka kembali file album2 lama..ternyata..gambar yang paling banyak denganku gambar bersama diya berbanding sahabat2 kelas ku yang lain..
diya seorang yang sangat suka bergambar..pantang aku keluarkan hp pasti gambar dia yang dipetik..mungkin kerana dia mahu gambarnya menggantikan dirinya..mengubati rinduku bila aku rindukannya..sungguh ya Allah..aku sangat merinduinya sekarang..(T_T)
bersama sahabat2 satu kelas L5S5 |
Ya Allah sesungguhnya aku sangat sayang padanya..maka kau sayangilah dia..rahmatilah keatas rohnya dan tempatkanlah dia bersama hamba-hambamu yang beriman dan beramal soleh..
::Tenanglah dikau disana sahabat..hanya doa yang mampu ku kirimkan...moga syurga buatmu sayang..::
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها وعفو عنها واكرم نزولها ووسع مدخلها وتقبل حسنتها وكفر سيئتها برحمتك يا ارحم الراحمين
"Ya Allah..Ampunilah dosanya, kasihanilah dan sejahterakan dia, maafkan kesalahannya, Muliakan kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmatmu, wahai tuhan yang maha pengasih.."
Al-Fatihah...
-seorang telah pergi..menanti giliran kita disini ..ntah hidup seratus tahun lagi, ntah esok bakal mengakhiri, ntah mati sekejap lagi..segalanya tidak diketahui..yang pasti mati itu pasti...cukupkah amal utuk dibawa pergi???
-link berita tentang kemalangan arwah :
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/pelajar-terbaik-stpm-maut-1.80918
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT