• :: Allah lebih menyayangimu sayang... ::

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Alhamdulillah wa syukrulilla..diberi kesempatan menghirup udara kurniaan ilahi, diberi nikmat iman dan islam, dikurniakan ujian-ujian hidup supaya aku sentiasa mengingatiMu dan sentiasa dekat denganMu..

    4 hari yang lepas, khamis 30/8/2012..jam 11.30am, mendapat pengkhabaran dari fb seorang sahabat..



    Ya Allah..sangat2 terkejut dan aku trus sms kwn baik rusydiah, naf yang dalam perjalanan ke hospital Tengku Ampuan Afzan Pahang utk melawat rusydiah.kadaan diyah ketika itu masih xdapat dikenal pasti..ketika itu hanya doa yang dapat aku sampaikan moga keadaan dia tidak apa2..aku hanya sempat meninggalkan pesan pada naff supaya updatekan keadaan diya..

    jam 1.30pm..
    Seusai aku solat zohor tiba2 sampai satu msg dr naff..."diyah dah xde...."
    Ya Allah..terus terduduk dan lama aku terkedu..apa ni??btol ke ni?? rusydiah da xde?? serius xtaw nk gambarkan apa perasaan aku time tu..lama aku berfikir...akhirnyaaa....maafkan aku diyah bukan aku meratapi kepergianmu tapi diri ini sangat merasai pemergianmu...tapi aku redha dengan segala ketentuanNya..dia lebih menyayangimu..(T_T)



    Rusydiah..dia pernah menjadi sahabat terbaikku..sahabat baru pertamaku di IIUM, English class (Level 5 sec 5)  ke kelas bersama, lunch bersama, kerja bersama, siapkan esaimen bersama, kuiz bersama, sentiasa bersama disebelahku didalam kelas..n yang paling menggembirakan Exit EPT exam bersama (^_^)..sungguh..kenangan bersamamu takkan ku lupa..

    rusydiah mohd zahar
    Allahyarhamah Rusydiah Mohd Zahar


    Selepas ketiadaan diya..aku xmampu melihat gambar2 diya..sebak dihati xdapat ku tahan..tp pagi tadi aku mula membuka kembali file album2 lama..ternyata..gambar yang paling banyak denganku gambar bersama diya berbanding sahabat2 kelas ku yang lain..
    diya seorang yang sangat suka bergambar..pantang aku keluarkan hp pasti gambar dia yang dipetik..mungkin kerana dia mahu gambarnya menggantikan dirinya..mengubati rinduku bila aku rindukannya..sungguh ya Allah..aku sangat merinduinya sekarang..(T_T)





    bersama sahabat2 satu kelas L5S5

    Ya Allah sesungguhnya aku sangat sayang padanya..maka kau sayangilah dia..rahmatilah keatas rohnya dan tempatkanlah dia bersama hamba-hambamu yang beriman dan beramal soleh..

    ::Tenanglah dikau disana sahabat..hanya doa yang mampu ku kirimkan...moga syurga buatmu sayang..::


    Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
    Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
    Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
    Kau sahabatku kau teman sejati


    Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
    Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
    Memori indah kita bersama terus bersemadi
    Kau sahabatku kau teman sejati


    Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
    Di saat kau masih diperlukan
    Tuhan lebih menyayangi dirimu
    Ku pasrah diatas kehendak yang Esa


    Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
    Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
    Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
    Walau ku tahu kau tiada di sisi


    Perjuangan kita masih jauh beribu batu
    Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
    Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
    Bagai semalam kau bersama kami


    Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
    Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
    Moga di sana kau bersama para solehin
    Ku sahabatku kau teman sejati





     اللهم اغفرلها وارحمها وعافها وعفو عنها واكرم نزولها ووسع مدخلها وتقبل حسنتها وكفر سيئتها برحمتك يا ارحم الراحمين 

    "Ya Allah..Ampunilah dosanya, kasihanilah dan sejahterakan dia, maafkan kesalahannya, Muliakan kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmatmu, wahai tuhan yang maha pengasih.."


    Al-Fatihah...

    ps :
    -seorang telah pergi..menanti giliran kita disini ..ntah hidup seratus tahun lagi, ntah esok bakal mengakhiri, ntah mati sekejap lagi..segalanya tidak diketahui..yang pasti mati itu pasti...cukupkah amal utuk dibawa pergi???

    -link berita tentang kemalangan arwah :
    http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/pelajar-terbaik-stpm-maut-1.80918



0 comments: