Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

HUFFAZ AKHIR ZAMAN..

>> Sunday, November 22, 2009

Assalamualaikum wrt.wbt...

Alhamdulillah..bersyukur atas segala kurniaan Allah krana memberi kesempatan lagi untuk saya mencoretkan coretan atau catatan didalam blog ini untuk renungan atau peringatan buat sahabat2 yang sudi berziarah ke blog ini dan juga peringatan untuk diri yang dhoif lagi hina ini..moge2 usaha yang kecil ini dpat dihitung oleh Allah s.w.t diakhirat kelak..amiin..

2 hari baru2 ini saya dikejutkan dengan dua khabar berita...satu khabar yang cukup menggembirakan pada paginya..dan khabar yang cukup2 menyedihkan pada sebelah petangnya..

Khabar baiknya kakak saya atau dalam panggilan keluarga ALONG telah selamat melahirkan seorang mujahidin pada jam 6.58 pagi..nama diberi Ahamad Yasin mybe bersempena dengan nama tokoh gerakan islam di abad moden ini..Assyahid Syeikh Ahmad Yasin..moge2 ahmad yasin bisa menjadi orang yang cukup2 hebat dan berguna seperti sebenar2 ahmad yasin...(x sabar nak balik tengok anak sedare (^^,)..)


Khabar yang menyedihkan pulak berlaku pada sebelah petangnya..saya baru balik dari menjadi fasilitator di program modal insan di kalumpang resourt..x samapai setengah jam saya sampai dan mase tu baru je abis makan kat dwn makan dq..tetibe je saya dapat satu calling dari adik beradik usrah saya.."ateh..bace doh ke blog perkemat?ade orang tulis bende x molek dalam shoutmix blog tu.."..

Saye ni terus naik pg bilik akak ijazah yang ade brodband nak pinjam(maklumla..nak beli xmampu) nak tgokla apela yang teruk sangat dalam shoutmix tu ..bile da tengok blog tu..shoutmix tu da takde, di delete oleh banin..nasib baik la sy ni salah seorg main master blog perkemat tu..kirenye dapat lagila tengok shoutmix tu..

Bile da buka shoutmix tu..xberenti sy n sahabat2 sy yang ade kat situ istighfar..terkejut xtaw nak kata la..Ya Allah x sangka..ade jugak huffaz2 yang memegang kalam suci Allah berperangai macam ni..dengan suka hati mencanang nama sahabat sendiri dengan membuka aib dan menuduh orang dengan sesuka hati..xtaw ke mereka2 yang menulis tu blog perkemat ni bukan hanya dikunjung oleh pelajar dq sahaja..tapi masalahnya oleh semua orang..xsemestinya pelajar dq..orang luar yang x berada dalam bidang agama turut sama berkunjung ke blog tu..macammana pandangan orang luar terhadap gol.hufaaz..???seolah2 ruangan komen yang disediakan adalan ruangan untuk melepaskan marah, rasa x puas hati, menuduh, menfitnah orang x tentu pasal..Astaghfirullahala'zim...

Ya Allah beginikah Huffaz sekarang..umpama sudah tiada iman dalam diri..orang yang melihat takkanberkata..teruknya perkemat..tapi comfirm akan berkata..teruknya budak hafal quran..ibarat hanya nila setitik rosak susu sebelanga...dan cofirm orang yang mencela,mengutuk dan sebagainya dalam blog tu juga penghafal Alquran..xterasakah mereka2 ...teringat saya dengan satu kata2 saya x pasti ia kata2 hukama' atau hadis..


"Peliharalah keaiban saudaramu walau tanpa diluar pengetahuannya kerana Allah akan memelihara aibmu. Dan sekiranya kamu membuka aib saudaramu maka Allah akan membuka aibmu DIRUMAH kamu sendiri."


firman Allah S.w.t :

11. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.

12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

surah hujurat :11&12





Ya Allah berikanlah Hidayah dan taufiq kepada hamba-hambaMu yang sering membuat kemungkaran di dunia ini..Ampunkan Dosa-dosaku dan dosa-dosa mereka...Amiiiin..

Read more...

BILA DIRI DISAYANGI..

>> Sunday, November 8, 2009

Terdengar bisikan mesra,
Kalimah keramat bermentara,
Bermulanya siang berakhir malam ku,
Tak akan ku jemu menyebut namamu.



Tiada batasan waktu,
Tiada tempat mu tertentu,
Di gunung di lembah,
di darat, di air,
Siapa pun hamba,
keikhlasan doa, keagunganKasih,
merubah takdir.



Bila ku sedari diri disayangi,
Langkah kaki ini semakin berani,
Bila terkeliru ku ucap namamu,
terasa dirikuKembali dipandu.

Engkau pertama, tiada akhirnya,
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya,
Izinkahlah aku menumpang di sini,
Di bawah naungan kasih dan sayangMu ku berserah diri.







Tenang rasa hati ni bila mendengar n menghayati lirik lagu ni..betul2 menginsafkan..dulu bile dengar lagu tanpa hayati lirik lagu ni aku ingat lagu ni dibuat n ditujukan untuk kekasih..tapi rupa2 lagu ni berkonsepkan ketuhanan..


bila kusedari,diri disayangi...siapa yang x pernah putus menyayangi kita klo bukan Allah..kekasih pun kadang2 jemu jgk ngn pasangan dia..tapi tidak kasih sayang Allah kepada hambaNya.


bila terkeliru ku ucap namamu..nama sape lagi yang akan kita ucap bila dalam keksusahan atau bile ape saje musibah yang melanda kita..orang kafir sendiri pun akan menyebut nama tuhan walaupun bkn menyebut dengan khusus nama Allah..tapi andai diorang dalam keaadan ksusahn diorang akan rase ada satu kuasa besar yang dapat bantu mereka..sape lagi klo bukan Allah..ni lah fikrah semulajdi manusia..




"Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah waqina azabannaar.."








Read more...

Sukan Hufaz Darul Quran (SUKFAZ)

>> Wednesday, November 4, 2009

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah diberi keizinan lagi walaupun dalam bz2 ni untuk update blog..sekarang banyak betul perkara yang kene buat..tesis bab 1 n 2 dalam proses n kene anto kat penyelia secepatnya..akhirnya lulus gak tajuk tesis..terpaksa la buat kajian lapangan coz da x de idea sangat..so far..ok je..

selain dari tu..sekarang ni student2 dq banin n banat sedang aktif bersukan..tiap2 petang je penuh padang..SUKFAZ yang bermula dari 1 hb baru2 ni iaitu hari ahad aritu cukup2 meriah..Alhamdulillah semua turun padang x kire akak2 or adik2..

esok belah banat akan diadakan sukaneka..syok jugak sukan ni..selain nak menangkan rumah masing2..kita gak boleh jalinkan silaturrahim ngn adik2..yela..da sem 6 ni kureng sikit kenal ngn adik2 sem bawah..boleh kire ngn tangan kot kenal sape..huhu..

selain tu cam bese la..sukan ni nak sihatkan badan la..so..xyah la tension2 klo x menang..tajdid niat balik..bersukan ni untuk sihatkan badan kita n sambil2 boleh hilangkan tensen..cam pepatah yang glemer mengatakan "badan yang sihat untuk akal yang sihat"..so..da lepas bersukan tu kene lagi aktif la cari modal or iadah..

ape-ape pun..majulah sukan untuk islam..TAKBIR!!!

Read more...

SEM BARU SEMANGAT BARU

>> Wednesday, October 28, 2009

Da sebulan x mengupdate blog ni..sampai nak wish raye aidilfitri pun x sempat..pape pun walau da terlambat sekalipun nak jugak ucapkan kat sume sahabat yang melawat blog ni SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..hehe..da nak raye haji baru ucap raye..


da nak masuk 2 minggu masuk sem baru, semester 6 da last sem rupanye..masuk2 sem banyak betul dugaan..dengan tajuk tesis kene reject, result quran yang x taw betul ke x resultnye..sungguh mengecewakan..khatam pun belum lagi..dengan taklifat yang banyak lg perlu diselesaikan n macam lagi..ape2 aku kan cube usaha sedaya mampu..


Klo diizinkan oleh Allah jumaat aku khatam..tajuk tesis baru pun mybe lulus ari jumaat ni..moga dipermudahkan..


semester baru semangat baru..banyak benda yang perlu dibuat..iadah 30 juzu'..tesis..hopely buat sume sahabat dq semester 6 ilham kita same2 berjuang..pulun2 iadah..InsyaAllah 30 juzu' dalam tangan..tapi niat jangan lari..Iadah bukan untuk exam tapi untuk kite igt 30 juzu' sebab tu amanah kite..exam akhir tu sebagai wasilah kita untuk ingat quran...


Barakallah...

Read more...

RAMADHAN KAREEM...ALLAHU AKRAM....

>> Friday, August 28, 2009

sekian lama x update blog ni, ade lah lebih kurang sebulan, da nak bersarang da..idea byk tapi waktu tak mengizinkan...

Ramadhan dah 8 hari berlalu, ape ibadah yang aku dah buat dalam bulan penuh berkah ni, makin bertambah or makin berkurang or x berubah-ubah (nauzubillah)...


"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala(keredhoan) Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu" (HR.AL-Bukhari)


umur makin bertam
bah, 25 ogos aritu genap umur aku 21 thn..jam 12 malam nokia 2610 aku x berenti2 berbunyi..berbagai2 msg kata2 selamat hari lahir yang aku dapat..dan kebanyakan dari org yang aku x sangka..dari sahabat2 lama..terfikir aku..umur makin bertambah..ape yang dah aku sumbangkan kat islam selama aku hidup 21 thn ni..makin bertambah umur makin dekat kita menghampiri kematian.


.


"setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian...."-surah Ali Imaran :185


13 Ogos 2009, gampar dunia seni dengan kematian ustaz Asri Ibrahim, vokalis utama kumpulan Rabbani..terkejut bercampur sayu..seminggu sebelum kematian ustaz, aku baru jumpa dengan beliau di pejabat Rabbani di Manjalara atas sedikit urusan kerja Konsert Antara Dunia 09'..mungkin beliau x terfikir bawaha Ramadhan yang lepas adalah Ramadhan terakhir baginya..tapi sekurang-kurang beliau meninggal banyak benda2 yang baik..setiap 5 waktu solat akan berkumandang suaranya di tv1 untuk malaungkan azan..di Astro Oasis selalu dipasangkan aluan zikir dari beliau..semoga sumbangan yang sedikit itu dapat menjadi amalan yang boleh beliau bawa ke sana...


Wallahua'lam

Read more...

KEPADA ALLAH JUGA TEMPAT KEMBALI....

>> Saturday, July 25, 2009

YASMIN AHMAD..nama yang cukup2 glamor di persada seni dalam negara miskipun diperingkat antarabangsa..nama yang melonjak naik since filem terbitannya seperti gubra, sepet, muhsin dan mualaf..filem yang menimbulkan pelbagai kontroversi dan mendapat respon yang hangat daripada pelbagai pihak..sebahagian filem2 terbitannya yang menyamaratakan semua agama dan menghina agama islam sendiri...


dua tiga hari yang lepas aku sempat tengok berita..terkejut gak sebab kebetulan tengok ade kisah yasmin ahmad yang berada dalam keaadan kritakal di hospital Damansara..yasmin tiba2 jatuh sakit ketika sedang meting bersama dato' siti nurhaliza n dato' K dengan media prima di sri pentas tv3..lagi terkejut petang tadi aku dapat taw yasmin selepas beberapa hari tidak sedarkan diri akhirnya meninggal dunia kerana angin ahmar..akhirnya selepas 51 thn hidup di bumi Allah ni die kembali juga ke rahmatullah..


sebelum ni time die koma aku harap sangat pengembaraan die dalan koma tu dapat petunjuk dr Allah s.w.t dan selepas die sembuh mybe dia insaf dan bertaubat atas perbuatan die sebelum2 ni..tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya..mungkin juga yasmin sempat bertaubat sebelum kematiannya..??semuanya ditangan Allah...moga dia ditempatkan dikalangan orang yang baik..ameenn...

Read more...

Usrah Connecting People....

>> Wednesday, July 22, 2009

ape ye nak crite pasal usrah..aku ni ade 2 usrah..satu usrah senior(aku yang jd ahli usrah-Hafizatunnisa') dan satu lagi usrah junior(aku jadi naqibah usrah-Umairatul Mahabbah)...sedih gak la ngn usrah aku ni coz kureng bergerak or aktif..dulu time sem satu selalu wat usrah..bile da naik sem da makin kurang..skrg nak wat sebulan skali pon belum tentu..tapi xpe ukhwah antara kitorang tetap mantooppp...

aku pon x terfikir gak akan jadi naqibah atau dalam istilah kat dq ni mak usrah..tapi ntah macamane jadi gak aku mak usrah Umairatul Mahabbah..nak ikhlaskan hati tu mula2 mmg ssh..tapi last2 aku rase jugak kenikmatan jadi naqibah ni..sukurang2nya ada orang yang take care kite dan ada orang yang nak take care kite..walaupun ilmu kurang didada tapi aku ade pelangkap..kalau dalam family ada mak ada la ayah baru boleh ade anaknya..camtu la gak usrah aku..aku ade sorang partner (Nor Aina Baharuddin) yang sangat memahami..sukurang-kurangnya dia boleh menampung ape yang lompong kat aku n aku pun cmtu sebaliknya..

Alhamdulillah..kitorang dikurniakan ahli2 usrah or anak2 usrah yang memahami kitorang..sumenye jenis happy good lucky..macam naqibah die..ehem2 (^_^)..ada aku sbg along,angah aina, alang yati, ateh abidah, andak qibah, aniq midah, anje rabiah, achik yani, ude aimi,acu zati n yang paling manje semistinya adik piqah...sekarang diorang da sem 3.dulu time mula2 pegang usrah ni aku n aina dua2 ditaklifkan jawatan dalam LATERINFO..boleh kata lajnah yang sentiasa busy..tapi camne2 pon dapat gak la nak wat usrah pengisian tu..

sekarang ssh gak la nk wat usrah..masing2 busy..klo dulu mak usrah yang busy..skrg ni busy gak tapi anak usrah menjadi perintis kitorang lak yang busy..tapi x pela..kadang2 x leh wat usrah pengisian sekurang-kurangnya usrah makan2 pon jadi..selalunya usrah makan2 ni time iftor..paling syok ari tu kitorang makan durian ramai2..semuanya dah jadi memory yang akan aku kenang sampai bile2..




kadang2 aku terfikir boleh ke aku jadikan usrah aku ni macam usrah abah..umi kate usrah abah tertubuh sebelum umi kawin ngn abah lagi..so dalam 30 tahun lebih dah..angah kate usrah abah ni usrah kedua tertua or terlama selepas usrah Allahyarham ustaz Fadzil noor..usrah abah ni mmg istiqomah buat seminggu sekali setiap hari selasa malam..dari dulu samapai sekarang..x pernah miss..walaupun x cukup ahli tapi tetap buat..tempat usrah x tetap..ade jadual..minggu ni rmh org ni mggu len rmh org lain pulak..usrah tu gak makin lama makin besor coz semua berkeluarga n akhirnya anak ahli usrah tu pon jadi ahli usrah tu jugak..buku yang dibincangkan dalam usrah tu pulak dah x terkire banyaknye n selebihnya berbincang hal2 isu semasa n sebagainya..kire usrah abah ni mmg mantaooppp..ahli2 dalam tu semua hebat2..yanga ku ingat ustaz abu bakar chik,ustaz abu bakar Abdullah dan semetinya abah aku pon orang yang hebat..
so..usrah abah ni boleh dikatakan idola buat aku untuk jadikan usrah aku lebih mantap..

Read more...