Alhamdulillah..setelah sekian lama tak mengupdate blog..akhirnya tangan ni terasa nk menaip kembali papan2 kekunci di laptop ni..kenape yek..??(^_^)
Post kali ni aku rase cm nk bercerita tentang pernikahan..kenapa pernikahan?? mungkin sebab angin sepoi2 bahasa yang menbawa perkhabaran dari sahabat2 yang bakal menamatkan zaman2 bujang mereka..lebih 10 weeding invitation diterima..tak kira invitation dari mukabuka ataupun kiriman2 kad..dan hampir separuhnya drpdnya dr sahabat2 seperjuangan dan teman2 rapat...ya Allah permudahkanlah urusan mereka..ameen..
:: Maha suci Allah yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui :: 36:36
Subahanallah..berulang-ulang kali Allah s.w.t menyebut dalam al-Quran bahawa adanya pasangan dalam alam yang diciptakannya..dicipta langit berpasangan dengan bumi, bulan dengan matahari, siang dengan malam, lautan bersama daratan...juga dalam konteks islam adanya dosa dan pahala, syurga dan neraka..dan berbagai2 lagi pasangan yang diciptakan Allah..
inikan pula buat sebaik2 ciptaan-Nya dimuka bumi ini..iaitu kita MANUSIA..sudah tentu diciptakan pasangan buat kita yakni Lelaki dan Perempuan.
:: Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang :: 30:21
Hebatnya aturan Allah buat hamba-hamba-Nya..jika adanya sayap kanan..pasti pelengkapnya bersama sayap kirinya...diciptakan hawa untuk melengkapi sang adam..
seringkali kita mendengar bahawa wanita ini diciptakan dari tulang rusuk lelaki..yang mana kata2 ini dipetik daripada sabda Rasulullah s.a.w :
" Berpesanlah kamu dengan wanita, sesungguhnya wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang paling bengkok dan teratas sekali, jika kamu hendak meluruskannya, ia akan patah.Jika kamu biarkan ia akan tetap dalam keadaan bengkok.Hendaklah kamu menasihati wanita dengan sebaik-baiknya". (Riwayat Muslim)
Lelaki dan wanita itu berbeza, lelaki sikap dominan mereka lebih tenang berbanding wanita yang kebanyakannya bersikap lebih emosional..jarang kita dapat melihat pasangan yang dua2 suka bercakap banyak atau dua2 pendiam..pasti salah satu dari mereka seorang yang suka bercakap dan seorang lagi lebih suka mendengar..cantik Allah jadikan pasangan begitu, jika tidak mungkin hanya disebabkan sehelai peta pon boleh menyebabkan penceraian..nauzubillahiminzalik..
:: Isteri hamparan dunia, Suami langit penaungnya..Isteri ladang tanaman, Suamilah pemagarnya..Isteri bagai kejora, Suami menjadi purnama, tika isteri beri hempedu, Suami tabah menelannya..tika suami terteguk racun, Isteri cari penawarnya, sungguh isteri rusuk yang rapuh, berhati-hatilah meluruskannya ::-inteam
Akhir sekali..buat sahabat2, kakak2, adik2 yang bakal mendirikan masjid tak lupa juga buat yang baru sudah selesai majlisnya..ku doakan kalian bahgia hingga ke syurga..teladani cara Rasulullah dalam melayari rumah tangga yang sakinah.. bersilisihan pendapat itu adat berumah tangga..semua atas kebijaksanaan kita dalam menguruskannya..(sedangakan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri (^_^) ).. moga kalian dapat membina keluarga yang sentiasa dalam mawaddah wa rahmah..ameen
~BERCINTA BIAR SAMPAI KE SYURGA~ (^_^)
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
成人午夜聊天 , 三色午夜秀 , 裸聊女qq号 , 午夜秀聊天室 , 寂寞聊天室 , 真人视频聊天室 , 台湾视讯聊天交友 , 主播聊天室 , 视频聊 , 真人裸体视频