Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina
~WAJAH SUCI-MESTICA~
Setiap kali melihat klip video wajah suci ni hati ni rasa cam disiat-siat..manusia sekarang kembali ke zaman jahiliyah..kes2 buang bayi makin menjadi-jadi..syaitan2 yang bertopengkan manusia..Astaghfirullah al'azim...
Bayangkanlah beribu2 kes pembuangan bayi hasil perhubungan di luar nikah..bayi2 dibunuh sesukahati..dibuang dlm mangkuk tandas, dibiarkan bayi yang x pernah minta hidup didunia ni di gonggong anjing, dihurung semut, dibakar bayi yang tak berdosa ini..dan yang terbaru sering keluar di berita2 bayi2 diperdagangkan..harga seorang bayi yang dikandungkan 9 bulan hanya 3 hingga 4 ribu..sanggupnya mereka..astaghfirullah..
Terfikir dibenak ini..ibu2 yang sudah bertahun-tahun berumah tangga tapi tidak dikurniakan zuriat..diikhtiarkan bermacam-macam cara bagi mendapatkan anak..bagaimanakah perasaan mereka bila melihat bayi2 yang dibuang dengan pelbagai cara ini
Tapi...bagi mereka2 mambuat hubungan diluar nikah dengan erti kata lain 'BERZINA' sangat2 mudah utk mendapatkan seorg anak bahkan dengan semewang2nya bayi ini dibuang..Apakah yang ada difikiran mereka?????malu??
Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan. mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan yang sah dan tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku atas perbuatan mereka.
firman Allah:
"Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." (Surah asy-Syura ayat 49-50).
KEMBALILAH KEPADA FITRAH HIDUP MANUSIA YANG SEBENAR. SUDAH TERLANJUR MEMBUAT DOSA SEHINGGA HAMIL TANPA IKATAN PERKAHWINAN KEMUDIAN MENAMBAH BILANGAN DOSA DENGAN MENYEKSA BAYI BERKENAAN DENGAN MEMBUANGNYA BAGAI SAMPAH SARAH....
INSAF DAN BERTAUBATLAH WAHAI MANUSIA..SESUNGGUHNYA PINTU TAUBAT ITU SENTIASA TERBUKA BUAT HAMBA-NYA...
ASTGHFIRULLAH AL 'AZIM..ASTGHFIRULLAH AL 'AZIM..ASTGHFIRULLAH AL 'AZIM..
Masya Allah.. dunia hari ni, banyak sangat cabaran.. mudah2an Allah pelihara hati2 kita
dunia sekarang tak ubahnya zaman jahiliyah.. bayi-bayi tak berdosa dibunuh dengan keji.
Astafirullah...!!!