Alhamdulillah..bersyukur atas segala kurniaan Allah krana memberi kesempatan lagi untuk saya mencoretkan coretan atau catatan didalam blog ini untuk renungan atau peringatan buat sahabat2 yang sudi berziarah ke blog ini dan juga peringatan untuk diri yang dhoif lagi hina ini..moge2 usaha yang kecil ini dpat dihitung oleh Allah s.w.t diakhirat kelak..amiin..
2 hari baru2 ini saya dikejutkan dengan dua khabar berita...satu khabar yang cukup menggembirakan pada paginya..dan khabar yang cukup2 menyedihkan pada sebelah petangnya..
Khabar baiknya kakak saya atau dalam panggilan keluarga ALONG telah selamat melahirkan seorang mujahidin pada jam 6.58 pagi..nama diberi Ahamad Yasin mybe bersempena dengan nama tokoh gerakan islam di abad moden ini..Assyahid Syeikh Ahmad Yasin..moge2 ahmad yasin bisa menjadi orang yang cukup2 hebat dan berguna seperti sebenar2 ahmad yasin...(x sabar nak balik tengok anak sedare (^^,)..)
Khabar yang menyedihkan pulak berlaku pada sebelah petangnya..saya baru balik dari menjadi fasilitator di program modal insan di kalumpang resourt..x samapai setengah jam saya sampai dan mase tu baru je abis makan kat dwn makan dq..tetibe je saya dapat satu calling dari adik beradik usrah saya.."ateh..bace doh ke blog perkemat?ade orang tulis bende x molek dalam shoutmix blog tu.."..
Saye ni terus naik pg bilik akak ijazah yang ade brodband nak pinjam(maklumla..nak beli xmampu) nak tgokla apela yang teruk sangat dalam shoutmix tu ..bile da tengok blog tu..shoutmix tu da takde, di delete oleh banin..nasib baik la sy ni salah seorg main master blog perkemat tu..kirenye dapat lagila tengok shoutmix tu..
Bile da buka shoutmix tu..xberenti sy n sahabat2 sy yang ade kat situ istighfar..terkejut xtaw nak kata la..Ya Allah x sangka..ade jugak huffaz2 yang memegang kalam suci Allah berperangai macam ni..dengan suka hati mencanang nama sahabat sendiri dengan membuka aib dan menuduh orang dengan sesuka hati..xtaw ke mereka2 yang menulis tu blog perkemat ni bukan hanya dikunjung oleh pelajar dq sahaja..tapi masalahnya oleh semua orang..xsemestinya pelajar dq..orang luar yang x berada dalam bidang agama turut sama berkunjung ke blog tu..macammana pandangan orang luar terhadap gol.hufaaz..???seolah2 ruangan komen yang disediakan adalan ruangan untuk melepaskan marah, rasa x puas hati, menuduh, menfitnah orang x tentu pasal..Astaghfirullahala'zim...
Ya Allah beginikah Huffaz sekarang..umpama sudah tiada iman dalam diri..orang yang melihat takkanberkata..teruknya perkemat..tapi comfirm akan berkata..teruknya budak hafal quran..ibarat hanya nila setitik rosak susu sebelanga...dan cofirm orang yang mencela,mengutuk dan sebagainya dalam blog tu juga penghafal Alquran..xterasakah mereka2 ...teringat saya dengan satu kata2 saya x pasti ia kata2 hukama' atau hadis..
firman Allah S.w.t :
11. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.
12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Salam
Maksud Hadith
Akhir zaman ramai kalangan ahl al-Qurra adalah munafiq
(ihya ulumuddin)
takutlah dgn Makar ALLAH!