• :: Alhamdulillah..Allah beri aku ujian :: ^_^



    "احسب النّاس ان يتركوا ان يقولو امنّا وهم لايفتنون"
    {Do the people think that they will be left to say 'We believe' and will not be tried??}
    :: 29:2 ::

    Alhamdulillah wa syukrulillah..diberi lagi kesempatan menghirup udara kurniaan ilahi,
    diberi nikmat iman dan islam, dikurniakan ujian-ujian hidup supaya aku sentiasa mengingatiMU dan sentiasa dekat denganMU.. juga aku bersyukur diberi lagi kesempatan mengupdate blog setelah sekian lame mengupdate blog dengan lirik2 lagu..(^_^)

    Alhamdulillah..




    "لا يكلف الله نفسا الا وسعها"
    {Allah does not charge a soul except (with that within) its capacity}
    :: 2:286 ::


    Allah takkan uji hambaNya melainkan sesuaikan dengan kemampuannya..dan Allah takkan uji hambaNya melainkan kerana Dia sayang pada kita..Dia tak mungkin membiarkan kita terlalu lalai dan terlena dengan segala nikmat yang ada di dunia yang sementara ini sedangkan yang kekal abadi menanti kita disana..


    " نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس : الصحة والفراغ "
    رواه البخاري -
    {Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia : kesihatan dan waktu lapang.}


    Kadang-kadang Allah tidak hanya menguji hambaNya dengan kesakitan dan penderitaan..bahkan kebahagian dan kegembiraan juga merupakan ujian yg terbesar buat hambaNya..kita sering terlupa dengan dua nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita iaitu nikmat SIHAT dan WAKTU LAPANG..kerana dalam masa yang sama nikmat itu merupakan ujian yang terbesar buat kita..kerana dengan dua nikmat itu kita bisa melupakan segalanya..kita lupa bahawasanya nikmat itu datangnya dari pencipta kita Allah s.w.t..kita lupa bahawa Allah beri kita waktu sihat dan masa lapang itu untuk kita lebih dekat denganNya..lebih kuat beribadat padaNya..sentiasa mengingatiNya..Astaghfirullahala'zim..


    Teringat antara petikan dari lirik nasyid feveretku yang sentiasa aku ulang2 dikala aku mendapat ujian dariNya.."Rahmat Ujian" dr kumpulan mestica :


    "Harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma..itu jelas membuktikan Allah mengasihani mu setiap masa..diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan..hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmat.."


    Yup..kita insan terpilih yang diberi ujian untuk kita sentiasa mengingatiNya dan membuktikan kasihnya Allah pada kita sedangkan ramai lagi manusia di muka bumi ini dibiarkan terlalai dengan
    segala nikmatNya..


    Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian-ujian yang dikurniakanNya kepada kita..apa yang sering kita lakukan hanya mengeluh, meratap, menangis memikirkan kenapa aku diuji sedemikian rupa..sudah habiskah manusia dibumi ini untuk Dia beri ujian sehingga aku hamba yang dhoif ini diuji dengan segala ujian yang tak tertanggung olehku??




    ..Lupakah kamu wahai manusia dari mana dan kepada siapa datangnya segala masalah ini??
    ..Lupakah kamu dengan firmanNya "tidak Aku uji hambaKu melainkan sesuai dengan kemampuannya"..
    ..Lupakah kamu wahai manusia bahawa Dia mengujimu untuk melihat sejauh mana pengharapanmu padaNya..
    ..Lupakah kamu wahai manusia bahawa dia mengujimu untuk melihat sejauh mana kamu akan tunduk sujud mengharapkan pengampunanNya memohon pertolongan dariNya..LUPAKAH KAMU??



    :: Jika ditanya kenapa perjuangan itu pahit..jawablah kerana syurga itu manis ::


    Kata2 yang sering diulang2 ketika aku masih di bumi barakah itu..(^_^)..yup..syurga itu sangat manis dan indah sehingga tak terfikir dibenak kita bagaimanakah keindahan dan kemanisan itu..banyak sekali dalil2 dari Al- quranul karim yang menceritakan tentang keindahan syurga ini..

    "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka dan tidak pula oleh jin.") :: 55:56 ::

    "(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera" :: 35:33 ::

    "Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta."

    :: 36:57 ::

    "Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak, dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci"

    :: 76:21 ::

    "Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!)."

    :: 47:15 ::


    Subahanallah..indahnya syurgaMu ya Allah..
    Jadi.. layakkah kita hamba yang serba dhoif dan hina ini dikurniakan syurgaNya sedangkan kita jauh dariNya..kita sering melupakanNya..lalai dengan sedikit nikmat yang dikurniakan olehNya sedangkan nikmat yang lebih jauh indah dan manis menanti kita disana..




    Kerana itulah wahai manusia Allah memberimu ujian, masalah, cubaan, mehnah agar kamu tidak melupakanNya..sentiasa mengingatiNya..bersyukur dengan segala pemberianNya..sentiasa tunduk sujud padaNya..memohon pertolonganNya..memberikan seluruh pengharapan padaNya yang tiada pengakhirannya..

    الهى

    أنت مقصودي..ورضاك مطلوبي

    أعطني محبتك ومغفرتك..يا الله

    Engkaulah pengharapanku..dan redhaMu ku dambakan..

    kurniakanlah kepadaku kasih sayangMu

    dan MaghfirahMu..


    Ya Tuhanku..

    Sedetik hati ini..Berbicara.. mengenangkan dosa lalu…

    Dalam pasrah ku pohon keampunanMu..


    :: Tuhanku..aku tidak layak ke syurga..namun tak pula aku sanggup ke nerakamu..

    kerna itu kurniakanlah keampunanMu kepadaku..ampunkanlah dosaku..sesungguhnya..

    Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..::


    ::~ Jika tiada ujian..tiadalah warna-warna dalam kehidupan ~:: (^_^)


1 comments:

  1. لا تحزن ان الله معك...